PERMULAAN..

Takdir…..
Aku hampir terjatuh kerananya,
Ketentuan…
Aku hampir hilang akal dan fikiran,
Kecewa….
Selalu mendatangi di jiwa,
Kesal…
Aku kesal tidak terkata,
Maruah…
Ibarat sampah merata-rata,
Tetapi,
Cinta…..
Apa ada pada cinta?
Adakah ia
Hanya manis dibibir saja ..
Atau hanya sekadar mainan
Dunia.
Manusia..
Tahu apa tentang cinta?
Mereka hanya kenal cinta buta,
Cinta yang bawa kesesatan,
Cinta pada kemaksiatan
Hanya yang benar,
Hanya yang tulus,
Hanya yang suci,
Dan
Hanya yang ikhlas sahaja,
Benar-benar..
Mengenali ,
Apa itu CINTA.

0 comments: