LAGU DAN KISAH CINTA



Saya suka mendengar lagu berentak perlahan dan juga genre rock kapak. Hahaha... Mungkin ada dikalangan korang yang tak sangka yang saya ni berjiwa 'orang lama'. Tetapi, memang itulah diri saya. Suka mendengar lagu-lagu macam ni kerana maksud dalam lagu-lagu tersebut lebih mendalam dan kena dengan kehidupan kita.
Namun begitu, terdapat juga lagu-lagu yang saya suka dengar dan ianya bersangkut paut dengan kisah cinta saya. Sedikit sebanyak, lagu itu ada menyimpan memori indah bersama dengan kekasih kita. Sebagai contoh, bila kita dengar suatu lagu ni, kita teringat kisah cinta kita bersama dengan si dia.  Dan macam-macam lagi.
Bagi saya, hanya dua lagu sahaja yang mengingatkan saya dengan percintaan kami. Iaitu lagu dari kumpulan Qiara - Hanya Padamu dan Jangan Pisahkan..banyak2 lagi..uhuhuh

0 comments: